Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Saturday, April 23, 2011

BACA NIE: 10 sebab perempuan tak respect lelaki..

KALAU XNAK BINCI TAPI DISENANGI OLEH KAUM HAWA, KITA ( KAUM ADAM ) JANGAN JADI MACAM INI.
1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.  
2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.  
3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.  
4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.  
5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.  
6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.  
7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.   8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..  
9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.  
10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR. 

TAPI KITA JANGALAH HANYA HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN UNTUK DISENANGI, TAPI BERPURAAN-PURAAN UNTUK DISENANGI LEBIH BAIK DARI KITA SELALU DIBENCI... FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL..

Andainya Lelaki Tahu...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

https://www.facebook.com/notes/my-baby-store/andainya-lelaki-tahu/142612719141130

terbaekkk!!!

I want to have sex, drink, die, and still go to heaven!!??

“Alaa, tak kan minum arak sekali pun tak boleh?” …

“Eh, apsal Islam ni tak bg kita buat sex (sblm nikah)?”…

“Leceh aa kena buat tu kena buat ni..Kenapalah susah-susah camni?”

“Kenapa, kenapa, dan kenapa..”.

Persoalan-persoalan yang mungkin ada antara kita selalu hadapi. Mungkin dari orang lain, mungkin juga pernah terdetik dalam benak pemikiran kita..

Dialog si anak kecil dengan ibunya



” Mak, mak…nak mainan itu…” (sambil jari menunjuk ke cerek elektrik yang sedang mengeluarkan bunyi dan asap)

“Eh, mane bole ….bahaya tu.. “

“Nak..nak..nak main kereta api tu..Nak jugak, nak jugak !!”

“Mak kata jangan-janganlah..Bahaya….”

Si anak kecil, dengan usia yang belum mengenal dunia sepenuhnya, kadang-kadang silap dalam perhitungan. Cerek yang panas disangkakan permainan menarik buatnya. Diminta-minta untuk pegang. Namun, mujurlah ada sang ibu melarang. Tanpa ibu di sisi, mungkin si anak telah mencederakan dirinya sendiri.

Allah perlukan kita vs kita yang perlukan Allah

Islam- satu deen (way of life) mengandungi aturan-aturan tertentu, datangnya dari Allah SWT (Pemilik sekalian alam, Pencipta sekalian makhlukNya) kepada hamba yang diciptaNya,manusia. Tujuannya untuk apa ya?

Cuba kita renungkan bersama…

Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging, setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (QS Al-Mu’minun 23:12-16)

DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..Dia Yang Mencipta dan Dia jugalah Yang Mematikan kita..

Dan tidak cukup dengan itu..dikurniakan kita aturan-aturan, garis-garis panduan buat kehidupan kita..melalui Islam selaku deen (way of life).

Aku yang paling kenal diriku…?

Adakah kita lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita daripada Dia yang Mencipta?

Adakah kita yang mengawal segala gerak nadi kita? Adakah kita yang mengarah leukocytes bertindak jika pathogens menceroboh masuk tubuh kita?

Malahan perasaan marah, dukacita, benci pun sukar untuk kita bendung; bukan?…

Kerana itu, dikurniakan kita satu nikmat-Islam yang diseru oleh para rasul supaya mengelakkan kita daripada kemudharatan ; baik di dunia mahupun di akhirat (ibarat kisah si anak kecil tadi)..

Justeru, nasihatku buat diri dan teman-teman, selalulah kita peringatkan diri kita dengan persoalan…

” Adakah apa yang kita buat sebelum ni, seperti yang Allah hendak?”

dari kita mempersoalkan apa yang Allah telah aturkan buat kita.

Wallahua’lam..Sekadar Perkongsian..~
 

.......~!N! KE$@H AKU~........ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop