Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Monday, April 25, 2011

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Memo Buat Si Belangkas
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ikhwan
Editor: Erma Farida

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.




Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui."
(An-Nur : 32)

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?


Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: "Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan,"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)


EXAM MOOD ^_^ (Part 2)

Yeahh...baru setengah jam berlalunya exam aku yang kedua..Hari nie subjek aku exam ialah hafazan al-Quran..

Huhu...tak tahu la den nak kabo ae..(hehehe).alhamdulillah, soalan satu (yang wajib tue boleh lah aku jawab). 

Soalan lain2, wallahualam. Susah sikit kot nak ingat..balik2 ayat same je kua dari otak aku nie...hm da lepas paper tue..

Walau cmane pun, hafalan tue kena gak aku teruskan seperti mana yang ustaz aku pesan..aku ngafal nie tak boleh semata2 nak exam je.. 

Sebagai Muslim, kite memang di galakkan untuk membaca al-Quran..basahilah lidah kita dengan ayat2 Allah, zikrullah dan sebagainya. 

Hari nie setakat nie je entry saya dapat taep..maklum la..nak kena teruskan untuk paper2 akan datang..yang lepas tue, biarkan lepas..tawakal sahaja merupakan jalan yang baek setelah kite berusaha. 

Apa yang penting sekali, panjatkan doa pohon kepada Nya...kerana Dia lah yang lebih berhak menentukan segalanya...InsyaAllah.Amin. *_^

Sunday, April 24, 2011

EXAM MOOD ^_^ (Part 1)

Al-hamdulillah...selesai juga akhirnya satu paper hari nie..yesss setelah seminggu berhempas pulas, akhirnya dapat lah aku menjawab exam bagi paper PROCEDURE OF SYARIAH COURT. 


Hope sangat berbaloi2 ape yang aku jawab tadi ngan usaha aku yang setimpal..


InsyaAllah, Amin. Hari nie jer, bagai2 aku rase waktu pagi..saket perot x menentu, x sedap hati, nak mual je, macam2 la..Bak kate orang, tidur x lena, mandi x basah, makan x kenyang..hahaha..(ape la yang aku melalut nie). 


Syukur sangat2 walaupun dua soalan je kena jawab tadi..Procedure nie depand la pada someone samada nak jawab civil or criminal syariah court procedure. Dua2 akta dah di sediakan..cuma pandai nak guna atau tak je.. 


soalan yang bertuah yg aku jawab ialah soalan no 1 ngan 2..Kenapa aku pilih soalan tue?? mybe sebab banyak anak2 pecahan soalan tue..so xde la aku terasa sangat kalau markah aku hilang.. tapi agak kecewa gakla..sebab aku da kehilangan 4 markah..huwaaaa '_'


macam mana la aku boleh x pham kehendak soalan tue..hmm..takat nie je aku mampu.Lain2 aku serahkan je pada Yang Maha Esa..dah usaha,tawakal n then doa..setakat tue je aku mampu wat sebagai hambaNya..


soalan no 1 nie berkisar kepada right of accused person while in detention..@ dalam bm nye ialah hak2 orang yang ditangkap semasa dalam penjara..Al-Hamdulillah, tepat dengan target aku bahawa soalan tue akan keluar.. opsss lupe plak, dya nak dari segi Islamic Criminal Law n Malaysian Law..so, kena la terangkan sikit2 pasal tue.. ade la aku jawab, tapi xde la complete sangat..mase nyer pun terlampau terbatas,,rase cam nak tercabut tangan mase menulis tadi..x ckup mase..mase yang diperuntukkan cuma 2 jam..pe2 pun yang penting, aku berjaya juga menjawab semua soalan2 tue..cume x sempat lah aku nak menyemaknyer...alahai..


soalan no 2 pula, ada sedikit petikan berkaitan dengan kes yang melibatkan charge..kat situ adalah anak2 soalan tersebut..soalan charge nie under criminal islamic law..aku tibai je akta2 yang ada depan mata aku tue..ha3
ingat nak wat ayat sendiri, tapi disebabkan kekangan mase. maka terpakse la aku bertungkus lumus dan berhempas pulas menyalin akta tue..nie la keistimewaan bagi mereka2 yang ambil subjek law..asal je subjek law, mesti pihak universiti akan memperuntukkan buku akta bagi setiap seorang,..


soalan no 3 barulah masuk pasal civil procedure court..soalan tue sebiji dalam akta,. dia tanye pasal mode beginning syariah civil procedure kalau x silap aku..da malas da nak bukak paper tue..alaaa  yang pasal summons, application n etc. tue of course semua betul bagi mereka2 yang jawab soalan tue..tapi disebabkan pesanan ustaz aku, "awak msuk dewan dengan penuh bergayanye je pon saya dah bagi awak 40 markah. tapi awak jangan lupe, kerja saya adalah potong markah" alahai...teringat balik kata2 ustaz aku tue, aku batalkan je trus niat aku tuk jawab soalan no 3 tue..


soalan no 4 pula, pasal ape ek?? kejap ae..aku nak bukk balik kertas soalan tue..errrr...."(aku pun trus membuka fail box yg ada kat sebelah aku nie tanpa segan silu..)haaa...pasal summons rupenye..civil procedure la tue...(ish3..menaepa pe tue?? panjangnye blog"..tibe2 rumate aku bersuara..hahaha)aku hanya mampu tersenyum dan ketawa kecil..xleh ketaw banyak2, nanti lupe plak hafalan..kah3..


kalau berpandukan jam kat laptop aku nie, baru pukul 1.29 pagi...errrr xlogik langsung sebab sekarang nie da petang..ha3..maklum lah kemalasan sangat nak betulkan waktu ngan hari kat loppy aku nie..


Okeh la..setakat nie je aku mampu untuk berceloteh,bercerita, berkongsi, dan bagai2 lagi...lain hari kite jumpe lagi yek..Salam sayang dari saya...luv u ollssss~



Saturday, April 23, 2011

BACA NIE: 10 sebab perempuan tak respect lelaki..

KALAU XNAK BINCI TAPI DISENANGI OLEH KAUM HAWA, KITA ( KAUM ADAM ) JANGAN JADI MACAM INI.
1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.  
2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.  
3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.  
4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.  
5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.  
6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.  
7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.   8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..  
9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.  
10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR. 

TAPI KITA JANGALAH HANYA HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN UNTUK DISENANGI, TAPI BERPURAAN-PURAAN UNTUK DISENANGI LEBIH BAIK DARI KITA SELALU DIBENCI... FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL..

Andainya Lelaki Tahu...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

https://www.facebook.com/notes/my-baby-store/andainya-lelaki-tahu/142612719141130

terbaekkk!!!

I want to have sex, drink, die, and still go to heaven!!??

“Alaa, tak kan minum arak sekali pun tak boleh?” …

“Eh, apsal Islam ni tak bg kita buat sex (sblm nikah)?”…

“Leceh aa kena buat tu kena buat ni..Kenapalah susah-susah camni?”

“Kenapa, kenapa, dan kenapa..”.

Persoalan-persoalan yang mungkin ada antara kita selalu hadapi. Mungkin dari orang lain, mungkin juga pernah terdetik dalam benak pemikiran kita..

Dialog si anak kecil dengan ibunya



” Mak, mak…nak mainan itu…” (sambil jari menunjuk ke cerek elektrik yang sedang mengeluarkan bunyi dan asap)

“Eh, mane bole ….bahaya tu.. “

“Nak..nak..nak main kereta api tu..Nak jugak, nak jugak !!”

“Mak kata jangan-janganlah..Bahaya….”

Si anak kecil, dengan usia yang belum mengenal dunia sepenuhnya, kadang-kadang silap dalam perhitungan. Cerek yang panas disangkakan permainan menarik buatnya. Diminta-minta untuk pegang. Namun, mujurlah ada sang ibu melarang. Tanpa ibu di sisi, mungkin si anak telah mencederakan dirinya sendiri.

Allah perlukan kita vs kita yang perlukan Allah

Islam- satu deen (way of life) mengandungi aturan-aturan tertentu, datangnya dari Allah SWT (Pemilik sekalian alam, Pencipta sekalian makhlukNya) kepada hamba yang diciptaNya,manusia. Tujuannya untuk apa ya?

Cuba kita renungkan bersama…

Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging, setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (QS Al-Mu’minun 23:12-16)

DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..Dia Yang Mencipta dan Dia jugalah Yang Mematikan kita..

Dan tidak cukup dengan itu..dikurniakan kita aturan-aturan, garis-garis panduan buat kehidupan kita..melalui Islam selaku deen (way of life).

Aku yang paling kenal diriku…?

Adakah kita lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita daripada Dia yang Mencipta?

Adakah kita yang mengawal segala gerak nadi kita? Adakah kita yang mengarah leukocytes bertindak jika pathogens menceroboh masuk tubuh kita?

Malahan perasaan marah, dukacita, benci pun sukar untuk kita bendung; bukan?…

Kerana itu, dikurniakan kita satu nikmat-Islam yang diseru oleh para rasul supaya mengelakkan kita daripada kemudharatan ; baik di dunia mahupun di akhirat (ibarat kisah si anak kecil tadi)..

Justeru, nasihatku buat diri dan teman-teman, selalulah kita peringatkan diri kita dengan persoalan…

” Adakah apa yang kita buat sebelum ni, seperti yang Allah hendak?”

dari kita mempersoalkan apa yang Allah telah aturkan buat kita.

Wallahua’lam..Sekadar Perkongsian..~

Friday, April 22, 2011

KAka FArah

KAka FArah

KAka FArah

KAka FArah

Isu apa yang nak diperkatakan?

wahh..hari bumi kembali lagi...bersepah2 aku tengok poster2, iklan2, gambar2, dan tidak ketinggalan cik www.google.com turut menyahut semangat hari bumi nie a.k.a. earth day..cantik gambar2 yang dihiaskan nie...semua nie ada motif dan tujuan utama dowang guna logo2, simbol2 @ gambar2 yang berkaitan.. 


Kat bawah nie aku sertakan images2 yang aku da muat turun dari laman cik google kite tue..



Sayangi Bumi Kita !!!
Tanpa Bumi, Di manakah kita akan tinggal??
Earth Day 2011


Thursday, April 21, 2011

Penat a.k.a Tired

Aku sekarang nie dalam mood penat sangat2...hahaha. penat2 nie pun sempat lagi aku post entri baru nie.. maklumla kononnya leh gak aku luahkan ape yang terpendam kat hati aku nie..
wahhh...hari nie aku bangun lambat lagi...(subuh aku asek subuh gajah je)..hmmm bile la ko nak ubah wahai kaka farah? hohoho...bangun je tido, aku wat macam sumer orang wat la..bangon pagi, gosok gigi, mandi dan bagai2 lagi...sempat la qada' solat dulu sebelum iron baju tuk pergi library. Bese la minggu study week, mase aku banyak abeskan kat library nie jela..Rumate aku la pembakar semangat aku tuk bangun pagi2 buta n then siap2 tuk pergi library,. hari nie aku kena uruskan dulu cop2 pengesahan penjelasan hutang yang diminta oleh U aku nie tuk sumer mahasiswa/wi yang bakal bergelar graduan x lame lagi..(hmm x sabaw asenyer nak genggam segulung ijazah). Awal2 aku kena pergi ke pejabat akedemik tuk amek sumer borang2 yang berkaitan. borang2 tue terdiri daripada borang transkrip penuh utk lepas grad tuk apply keje nanti. lagi satu adalah borang2 selesai hutang.Dari pagi ke petang aku uruskan benda2 nie sumer..nak kena g akedemik, library, pejabat asrama,pejabat bendahari n the pejabat akedemik balik lastly pejabat asrama balik..wahhh...sungguh2 penat sayer rase.
dok rok bewaser bak orang terengganu kate..aku pon xtaw betul ke tak ejaan aku nie..hehehe..entam kromo je la. Kul 4 gak baru aku siap wat sumer2 nie..thanks to dax2 law batch rumate aku..kowang sumer d best..walaupun aku x bape kenal sangat separuh dari dowang, tpi dowang okey ngan aku..maklum la aku kan akk...hahaha
balik je dari libraray nie, aku nak solat jap...hmmm...petang nie nak pergi pasor malam ke tak pun aku xtaw.. macam penat je badan nie..ngantok pon yek gak..tapi kena than..lawan sikit sifat2 nie.. Maklum la kan, nak berjaya nie kena bersusah payah dulu..da bersusah2, baru leh rase kemanisan nya..taj gitu cik hana n cik chuek?? (hehehe...nie aku tuju tuk kaka yang rajen menjenguk blog aku yang macam budax2). Malam nie nak xnak, kena gak kuatkan semangat...banyak lagi aku x bace yokkk...
usaha2,..jangan malas ngat taw.. lagi bape bulan je nie...eh cipal2, lagi bpe hari je pon yang tinggal...angah mesti boleh punyer...ingat pesan mak abah kat umah... 
pastikan grad kali nie berbaloi2 selamer mane usaha dan pengorbanan aku tuk beberapa tahun belajar kat unisza nie...
bersama2lah kawan2 sumer kite kecapi kejayaan di sebalik usaha dan penat lelah kite selamer nie.

*ejaan salah silap,harap dimaafkan..malas nak cek2 nie...hehehe

emmm...

Nape la time da nak dekat exam nie..mule la aku trgat benda2 yg sedih nie..Aku da lame cube lupekan slow2..tapi sekali-sekala benda nie mesti dtg singgah kat fikiran aku..mood lagu nie pon aku bru tukaw sempena luahan hati aku nie.. Aku rindu kat dia..tapi aku xle rindu cam dulu.keadaan sekarang nie da xsme cam dulu..aku kena bangkit..sebelum nie boleh je. Yang aku paling risau, kalau dok umah..banyak sangat kenangan kat rumah tue..tiap kali balek, aku x nafikan yang aku sentiasa berfikir tentang dia..Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini..aku xle mengalah atau layan perasaan aku nie sangat..da nak peksa nie bese la kalau dugaan atau ujian tue datang..sumer tue hanya nak menguji tahap keimanan aku. 
To be continued...

Wednesday, April 20, 2011

~study week~

Ehemm...study time . So tired >_*
Minggu study nie, aku ari2 gak la pergi library..da last sem nie la bru aku dpat manfaatkan penggunaan library unisza nie..Walaupun library nie dlam leadaan "kurang selesa" tapi aku x kesah sangat pon. janji ade tempat tuk aku study, da kire okey la tue.. Waktu acap kali aku ngan rumate aku aina biela g library nie adalah antara waktu kul 9 pg- 1 tgh ari..pas2 kitowg g makan jao, n then bru blek bilik..
bile da blek bilik, tmpat yg aku tuju ialah meja study aku yg mane terdapat nye my loppy d situ,.tros aku on, bukak muke buku dulu. pas2 bru la aku bukk blog aku ini...n aku coretkan ape yg aku nak coretkan.
rumate aku plak, time cmni, dya amek pluang tuk membute..yeahhh!!! satu idea yg bijak dan bermanfaat. aku tringin gak nak tdo, tpi x puas la law setakat tdo 10 minit..kang ade pale aku nie penin~
ag satu waktu yg kitowg g library ialah adalah pukul 2.30 ptg hgga 5 ptg..Aku rase kat library nie jala aku dapat gak fokus nak study nie..kalau harap kat bilek, asenye memang hampeh sikit.. bese la,,banyak sangat gangguan yg ade depan mate..tgan nie mule la gatal nak m'on9 je..last2 x study gak aku..sebab tue nak xnak, aku kena gak g lbrary, sekurg2 nye dapatla aku study drpd xde langsung..tul x??
k la..aku nak stop entry aku wat mse nie..nak solat n rest jap..
nnti mlam kite smbg ke entry seterusnye yek..
ok...c u lter <3

Tuesday, April 19, 2011

KLIK! KLIK! KLIK!


Nie la sebahagian drpd gambo2 yg leh aku upload..banyak lgi sebenarnye... tpi d sebabkan ksuntukan masa nie, maka nie la gmbar2 yg tplih yg berjaya d upload dan d tontonkan wat kowg...
lepas entry aku strusnya tpkse d tgguh dulu...bese la skunk nie tgah dam mood exam....
akhir sekali, good luck 4 all mya friends (UniSZA)...
Do d best k !!!

Monday, April 18, 2011

tesis : Pengurusan Wakaf Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Umat Islam..(Johor)

kat sini aku nak bagi korg link2 yg korg leh lawati tuk dpatkan rujukan nie..
www.maij.gov.my
www.e-fatwa.gov.my
www.ibfim.com
www.jawhar.gov.my
www.johordt.gov.my
www.mais.gov.my
www.mainpp.gov.my
www.maiwp.gov.my
ustazsaifudin.wakaf.org
www.ywm.org.my

Nie antara laman2 web yg ak search tuk dpatkan bahan @ maklumat tuk aku siapkan dan coretkan kat tesis aku..Thanks kat sumer pihak yg da byak tolong aku smada secara lgsg @ x lgsg..


Buku2 yang aku nak cdgkan kat kowg ialah:


- Muhammad Abu Zahrah (wakaf menurut agama dan undang2) karya terjemahan H. Muhammad Yusuf Sinaga


- Manual Pengurusan Tanah Wakaf (Terbitan JAWHAR)


- Siti Mashitoh Mahamood (Waqf in Malaysia Legal and Administrative Perspectives)


- Abdul Qadir (Wakf Islamic of Charitable Trust)


- Ahmad Tarmizi Jusoh (Pewaris Jutawan Kaedah Merancang dan Menguruskan Harta Pusaka Islam)


- Saham Wakaf Johor (Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor- MAIJ)


- Mohd Ridzuan Awang (Konsep Undang-Undang Tanah Islam Perdekatan Perbandingan)


- Akta2 yg bersesuaian....

*ada lagi buku2, kertas seminar, jurnal2, dan sebagainya aku gune sebagai rujukan..
Hope, aku punye tesis dapat cemerlang.. Thanks yg x t'hgga kpada penulis2 buku yg sedia ada nie..
n xlupe juga wat Ibu Bapa tercinta saye, rumate saye, kawan2 seperjuangan dan low kee yg senantiasa mberi sy sokongan secara x lgsg,

Saturday, April 16, 2011

dinner last

luv u olllssssss..
huhu..tadi bru je pas selesai dinner tuk kami senior pstd a.k.a. wataniah..Wahh..cantek2 n ensem2 sumer nyer...sememangnya kowang terbahek!!! tadi aku ngan kawan2 n rumate aku g lewat sikit.. tbe2 d probs sikit..hmm sampai2 mknan x bpe ade da..(hotel tue bajet2 ke ape masaknyer).. ak just mkn sup dgg sikit sementara dowang kuakan mkann..lame la gak menunggu..Berbaloi ke tidak aku bayar RM40 setakat mkan cam 2?? kalau ikutkan, memang x berbaloi sangat2..makan kat restoran ag berbaloi2..tpi yang penting skali kat cnie...arinie kire arie tuk meraikan kitowg, senior. walaupun majlis nyer x bpe nak best, yang penting sebenarnye..kite dapat menguatkan lagi ukhwah sesama kite (x g2 ke??) nanti aku upload gambo2 dalm blog nie k..malam nie da melabuhkan trai..da ngantox sgt2..t kang mken ngarot2 je yang aku tulis..k c next time

Wednesday, April 13, 2011

~ BOLEH LA PLAK KAN ~

HARI NIE ENTRY AKU NAK CITER PASAL KEJE LAST MINUTE...
HAAAA....AKU MEMANG SUKE WAT KEJE TIME DA LAST2 NIE GAKNYER..
AL-HAMDULILLAH, TESIS AKU DA SIAP..TAPI STILL X EDIT LAGI..
AHAD NIE DA KENA ANTO SEPENUHNYA..TUK ARINIE JE AKU KENA TUMPU KAT HAFAZAN.. HOHO..NAPE LA MANTUL JE APE YANG AKU APAL NIE..
NIE MESTI SEBAB HATI AKU X BERSIH, TUE YANG SUSAH SANGAT NAK LEKAT AYAT HAFAZAN KAT OTAK KEPALA AKU..
MALAM NIE TERPAKSA LA AKU STOP TUK TESIS SEPENUHNYA..
INSYAALLAH...AKU MESTI BOLEH PUNYE...AMIN.
ESOK KENA GAK APAL DEPAN USTAZ..PENAT DAH NAK TANGGUH2 NIE..
LEPAS APAL ESOK..TUMPU 100 % KAT TESIS...
TESIS OHH TESIS..HARAP2 KO SIAPLA..
PAS JE ABES ANTA TESIS, DA TENTUNYE MASE UNTUK AKU PULUN STUDY SEBELUM EXAM..
CAKAP PASAL EXAM NIE..AIII MACAM2 AKU RASE..
NIE LA AK LAST EXAM..PAS NIE DA X MERASA EXAM LA...
NAK SANGAT2 KEPUTUSAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN..
BUKAN SETAKAT KEPUTUSAN CEMERLANG JE YANG AKU NAK...
TAPI AKU NAK GAK ILMU APE YANG AKU TIMBA KAT CNIE LEKAT DALAM PALE OTAK AKU NIE..
BILE DA LAST2 CAMNI...MULE LA RASE SAYANG NAK TINGGALKAN TEMPAT NIE..
AKU BANGGA SANGAT2 DAPAT BELAJAR KAT CNIE..
LECRER AKU SUMER2 NYE BERILMU..BANYAK ILMU YANG DOWANG ADE..
MEMANG AKU RESPECT SANGAT2 NGAN DOWG..
BETUL LAH CAM PEPATAH KATA, "BELAJAR JAUH2 SAMPAI KE NEGERI CHINA..."
 HMMM K LA...AKU DA KESUNTUKKAN MASE NIE..
NANTI KITE SAMBUNG BALIK DALAM ENTRY SETERUSNYA..
.: MAN JADA WA JADA:.

Tuesday, April 12, 2011

..::. PASAR MALAM LAGI .::..

.: HEHEHE..Entry aku kali nie adalah berkenaan pasar malam..tak kesah lah samada aku pergi petang, senja (takde la), mahupun malam :.

.: Aku nie boleh lah dikatakan peminat setia pasar malam..(hantu pasar malam). Pantang ada pasar malam mesti aku menjenguh ke sana :.

.: kat area UniSZA nie je ade 2 pasar malam yang berdekatan. Hari selasa dekat dengan kedai makan yang berderet2 atau dikenali kedai makan bumbung biru oleh ustaz aku yang suke wat lawak (sememangnye class lawaknyer) :.

.: Bile dah ke pasar malam, mulelah nafsu makan aku nie membuak2..sumer aku rase nak beli.hahaha :.

.: Nak wat camne, aku sememangnya seorang yang suke makan :.

.: Tapi yang peliknye, asal aku pergi pasar malam jer, tak kire hari selasa ataupun hari khamis, menu makanan yang aku beli tetap sama :.

.: Menu yang aku maksudkan ialah keropok ikan,murtabak, satar, mihun sup,
   nasi kerabu, pedal ayam, air coconut shake :.

.: Niela antara menu-menu aku tiap kali aku pergi pasar malam :.

.: Tapi tengok keadaanla gak..(tak semua aku beli la) :.

.: Sebab nye, bile aku beli banyak2 maka terbanglah wahai wet aku :.



.: WAHHH..Sehari RM10.00 pun sekejap je laeh abes :.

.: Kalau hari2 ade pasar malam, tak tawla den nak kabo :.

.: Duit sekarang nie, macam air je kan :.

.: Hope nanti aku kerja, aku dapatlah kumpul wet banyak2 :.




Sunday, April 10, 2011

aduyai...letih bangat

Hohoho..ase letih plak gabung-gabungkan sumer bab jadi 1 jer...tesis oh tesis...lagi bape ari jer...aku kena kuatkan semangat aku nie..tinggal penutup, kesimpulan ngan cadangan je nie..Pas2 mulalah keje aku edit mengedit foot note, takhrij hadis, rujukan, ayat2 nye..Hope sangat aku punye tesis nie berbaloi-baloi.


susah juga benarnye nak ikut format tesis nie..kena tengok margin dya, format dya, tulisan @ font, susunan footnote, dan bagai-bagai lagi.


semangat-semangat..jangan give up k..InsyaAllah, semoga sumernye di permudahkan oleh-Nya.
Amin.

THIS IS OUR STORY..(NOT TOY STORY)

Auwcaaakkkk!!!
Jumpe lagi kite pada waktu nie dan tempat yang sama dalam rancangan "JELAJAH SOKKER SAFARI".
Hari nie kowg kire bertuah sebab gambar2 yang saye upload kat sinie susah nak jumpe kat tempat2 kowg (bagi yg dok kat kutub utara, padang pasir, dalam laut, atau sebagainya)...hehehe
nak taw tak ape dya sokker safari tue?
Sebut jer pasal safari, mesti kowang dah terbayang dalam akal kowg tue yang safari tue adalah berkait dengan hidupan serta seisi alam yang berkaitan dengan hutan dan penghuninya.
Tapi kali nie special sikit sebab safari nie diadakan kat tengah2 bandar...(HA..BANDAR APELA AGAKNYA KAN?? PERNAH PERASAN TAK KAT TEMPAT KOWANG?) 
Bandar yang bertuah yang saya maksudkan ialah, bandar BATU PAHAT, (tempat aku stay skunk nie la kan)
sokker safari anjuran ape pon aku dah tak ingat sangat.. maklum la da bape abad punyer lah...hahaha
Program nie tak silap aku, dowang wat mse tengah 'HOT' musim2 piala dunia.Sebab tue kot dowang bagi name sokker safari..Ejaan sokker tue mybe saje2 ikut dalam sebutan BM...hahaha(pandai2 aku je kan...)
Banyak plak aku nie berceloteh...Okey la, nie aku pamerkan gambar2 nyer,,huhu:-

 Wahh..ramainye orang berpusu-pusu kat sini. 
Ingatkan program nie x berapa dapat sambutan...
rupe-rupenya sangkaan aku salah plak..huhu

 Apela yang diorang nie tengah tengok agaknye ???

 Berebut-rebut orang nak masuk dalam sokker safari nie..
Aku pun tak ketinggalan nak taw ape yang ada kat sini.

 Bayangkanlah kalau muka kita sebesar nie...hahaha

 Woww!! cantek sangat dekorasi penyususnan yang dowang nie buat kan..
jarang nak jumpe @ tengok benda2 nie sumer..
Rase macam kat zaman batu plak..huhu

 besar tak gajah nie...gajah nie dowg wat same besar ngan gajah yang real..
x cayer??? kowang bandingkan gajah nie ngan orang yang ada di sebalik pagar tue..

 Iniela gajah nyer...
da cayer ke blom??

 Adek..tak takut ke duduk kat situe..hehe

 sang singa dan sang badak nyerrr

 Replika ape nie?? hehehe

 kreatifkan orang yang sumer nie..

 replika orang itam..

 Inilah lauk kite malam nie...yummy3

 adek: akk..adek stakutla dok sebelah badak nie..dya asek pandang2 adek je..
kakak: hmm...akak pon takut gak sebenarnye..tpi xpe..pas amek gamba nie kite g kat mak ae..

suke bangat'ssss
sama ini gambar..
nampak cam real punyer....

Last entry aku: hak cipta adalah terpelihara. Anda tidak dibenarkan sama sekali "save this picture without my permission".
~farah2302.blogspot.com~
 

.......~!N! KE$@H AKU~........ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop