Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Thursday, April 5, 2012

Menanti hari esok..

Hallo...malam nie ade sikit entry je farah nak coretkan kat ruangan nie..
menanti hari esok.. post yang ingin farah kongsikan dekat entry nie. Seperti mana yang kita dah sedia maklum, esok merupakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Hari jumaat nie merupakan hari yang penuh dengan keberkatan. Hari Jumaat menurut bahasa Arab ialah berkumpul (jama'  perkataan Jumu'ah). Berkumpul secara fizikal yang dapat kita lihat ialah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. maksudnya ialah, semua manusia berkumpul di satu tempat yang sama tanpa membezakan kedudukan, pangkat, kekayaan, warna kulit atau keturunan. Apa yang membezakan antara mereka ialah amalan tahap keimanan mereka di sisi Allah. Oleh itu, sebagai hambanya yang beriman dan bertaqwa, kita amatlah digalakkan untuk berkumpul ramai-ramai di samping dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain serta mengharap keredhaan Allah semata-mata.

Hari Jumaat juga turut dikenali sebagai Sayyidul Ayim iaitu Penghulu segala hari seperti mana yang telah saya ringkaskan di atas. Sayyidul Ayim bermaksud hari yang sebaik hari. Maka amatlah digalakkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya supaya bekejar-kejar dalam melakukan amal ibadat kepada Allah.

Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Jumaat ialah:
1) Allah menciptakan nabi Adam
2) Nabi Adam diturunkan ke bumi
3) Nabi Adam wafat
4) Allah memperkenankan doa hambanya selagi mana doanya itu bukan satu permohonan yang berbentuk haram
5) Hari terjadinya hari Kiamat

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Ini adalah sebahagian kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Jumaat @ Sayyidul Ayim.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah anda layari link ini:-

No comments:

 

.......~!N! KE$@H AKU~........ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop