Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

Saturday, August 13, 2011

wink... ^_*

Hai...
lame rasenye kite x bersua kan...abes je study bulan mei mse tue, trus aku x update blog nie..
hmm...mlas nak bukak blog..xbpe ade idea yg nak aku coret kan..
Tapi mlam nie aku nak cter serba skit perjalanan hidup aku selepas abes study..
lepas jer abes study mse tue..aku abeskan mse lepak kat umah...aku malas nak cri keje sebab byak event yang aku kena lalui..lgi pun mse tue nak blek kg..xkan la bru keje da nak mnx cuti kan..so, sebb tue la aku xkeje pape lepas tue..
tpi awal bulan 8 @ bulan rmadan nie aku ade rezeki utk mncri pglaman bkerja..wlaupun aku cume bkrja selam 1 mggu..aku rase tue da ckup utk aku mnmbahkan lgi pglaman aku yg x seberapa nie..
kerjaya yg aku lalui mybe xbrape sesuai utk aku..

Monday, April 25, 2011

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Memo Buat Si Belangkas
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ikhwan
Editor: Erma Farida

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.




Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui."
(An-Nur : 32)

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?


Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: "Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan,"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)


EXAM MOOD ^_^ (Part 2)

Yeahh...baru setengah jam berlalunya exam aku yang kedua..Hari nie subjek aku exam ialah hafazan al-Quran..

Huhu...tak tahu la den nak kabo ae..(hehehe).alhamdulillah, soalan satu (yang wajib tue boleh lah aku jawab). 

Soalan lain2, wallahualam. Susah sikit kot nak ingat..balik2 ayat same je kua dari otak aku nie...hm da lepas paper tue..

Walau cmane pun, hafalan tue kena gak aku teruskan seperti mana yang ustaz aku pesan..aku ngafal nie tak boleh semata2 nak exam je.. 

Sebagai Muslim, kite memang di galakkan untuk membaca al-Quran..basahilah lidah kita dengan ayat2 Allah, zikrullah dan sebagainya. 

Hari nie setakat nie je entry saya dapat taep..maklum la..nak kena teruskan untuk paper2 akan datang..yang lepas tue, biarkan lepas..tawakal sahaja merupakan jalan yang baek setelah kite berusaha. 

Apa yang penting sekali, panjatkan doa pohon kepada Nya...kerana Dia lah yang lebih berhak menentukan segalanya...InsyaAllah.Amin. *_^

Sunday, April 24, 2011

EXAM MOOD ^_^ (Part 1)

Al-hamdulillah...selesai juga akhirnya satu paper hari nie..yesss setelah seminggu berhempas pulas, akhirnya dapat lah aku menjawab exam bagi paper PROCEDURE OF SYARIAH COURT. 


Hope sangat berbaloi2 ape yang aku jawab tadi ngan usaha aku yang setimpal..


InsyaAllah, Amin. Hari nie jer, bagai2 aku rase waktu pagi..saket perot x menentu, x sedap hati, nak mual je, macam2 la..Bak kate orang, tidur x lena, mandi x basah, makan x kenyang..hahaha..(ape la yang aku melalut nie). 


Syukur sangat2 walaupun dua soalan je kena jawab tadi..Procedure nie depand la pada someone samada nak jawab civil or criminal syariah court procedure. Dua2 akta dah di sediakan..cuma pandai nak guna atau tak je.. 


soalan yang bertuah yg aku jawab ialah soalan no 1 ngan 2..Kenapa aku pilih soalan tue?? mybe sebab banyak anak2 pecahan soalan tue..so xde la aku terasa sangat kalau markah aku hilang.. tapi agak kecewa gakla..sebab aku da kehilangan 4 markah..huwaaaa '_'


macam mana la aku boleh x pham kehendak soalan tue..hmm..takat nie je aku mampu.Lain2 aku serahkan je pada Yang Maha Esa..dah usaha,tawakal n then doa..setakat tue je aku mampu wat sebagai hambaNya..


soalan no 1 nie berkisar kepada right of accused person while in detention..@ dalam bm nye ialah hak2 orang yang ditangkap semasa dalam penjara..Al-Hamdulillah, tepat dengan target aku bahawa soalan tue akan keluar.. opsss lupe plak, dya nak dari segi Islamic Criminal Law n Malaysian Law..so, kena la terangkan sikit2 pasal tue.. ade la aku jawab, tapi xde la complete sangat..mase nyer pun terlampau terbatas,,rase cam nak tercabut tangan mase menulis tadi..x ckup mase..mase yang diperuntukkan cuma 2 jam..pe2 pun yang penting, aku berjaya juga menjawab semua soalan2 tue..cume x sempat lah aku nak menyemaknyer...alahai..


soalan no 2 pula, ada sedikit petikan berkaitan dengan kes yang melibatkan charge..kat situ adalah anak2 soalan tersebut..soalan charge nie under criminal islamic law..aku tibai je akta2 yang ada depan mata aku tue..ha3
ingat nak wat ayat sendiri, tapi disebabkan kekangan mase. maka terpakse la aku bertungkus lumus dan berhempas pulas menyalin akta tue..nie la keistimewaan bagi mereka2 yang ambil subjek law..asal je subjek law, mesti pihak universiti akan memperuntukkan buku akta bagi setiap seorang,..


soalan no 3 barulah masuk pasal civil procedure court..soalan tue sebiji dalam akta,. dia tanye pasal mode beginning syariah civil procedure kalau x silap aku..da malas da nak bukak paper tue..alaaa  yang pasal summons, application n etc. tue of course semua betul bagi mereka2 yang jawab soalan tue..tapi disebabkan pesanan ustaz aku, "awak msuk dewan dengan penuh bergayanye je pon saya dah bagi awak 40 markah. tapi awak jangan lupe, kerja saya adalah potong markah" alahai...teringat balik kata2 ustaz aku tue, aku batalkan je trus niat aku tuk jawab soalan no 3 tue..


soalan no 4 pula, pasal ape ek?? kejap ae..aku nak bukk balik kertas soalan tue..errrr...."(aku pun trus membuka fail box yg ada kat sebelah aku nie tanpa segan silu..)haaa...pasal summons rupenye..civil procedure la tue...(ish3..menaepa pe tue?? panjangnye blog"..tibe2 rumate aku bersuara..hahaha)aku hanya mampu tersenyum dan ketawa kecil..xleh ketaw banyak2, nanti lupe plak hafalan..kah3..


kalau berpandukan jam kat laptop aku nie, baru pukul 1.29 pagi...errrr xlogik langsung sebab sekarang nie da petang..ha3..maklum lah kemalasan sangat nak betulkan waktu ngan hari kat loppy aku nie..


Okeh la..setakat nie je aku mampu untuk berceloteh,bercerita, berkongsi, dan bagai2 lagi...lain hari kite jumpe lagi yek..Salam sayang dari saya...luv u ollssss~



 

.......~!N! KE$@H AKU~........ Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop